Monday, June 16, 2014
Lagi-Lagi Senario (2001)
Wahid (Wahid Senario) seorang pelayan di restoran eksklusif dipecat oleh majikannya apabila pelanggan yang dibawanya masuk ke dalam restoran mengkritik masakan yang dibuat oleh ketua chef yang juga merangkap pemilik restoran tersebut. Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjayanya yang lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee (Azlee Senario). Yassin (Yassin Senario) dan Saiful (Saiful Apek), turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful. Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan (Mazlan Senario), membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan. Sejak itu warung Azlee tidak lagi mendapat perhatian. Azlee cuba mencari penebar roti baru tetapi usahanya gagal. Yassin turut mengikut jejak Saiful bekerja dengan Mazlan. Wahid bersimpati dengan nasib Azlee dan berazam memperbaiki keadaan. Dia berlatih menebar roti sendirian. Suatu hari Wahid memberitahu Azlee dia bersedia menjadi penebar roti canai serta menyediakan gimik untuk menarik perhatian pelanggan setia Mazlan. Azlee mengumumkan secara besar besaran bahawa dia akan melancarkan "Roti Canai Terbang Rock & Roll". Gimik Wahid dan Azlee menjadi dan warung mereka kembali dipenuhi pelanggan. Sebaliknya warung Mazlan dan Saiful tidak lagi mendapat perhatian. Mazlan mula mengatur rancangan jahat untuk merosak dan menghapuskan perniagaan Azlee. Tetapi anak buah Mazlan (Wardina Safiyah) telah membocorkan rahsia kepada Azlee tentang niat jahat Mazlan. Akhirnya perniagaan Mazlan telah jatuh merudum dengan teruk. Mazlan telah menjual makanan kepada org Islam di bulan puasa untuk mendapat keuntungan tetapi telah tertangkap oleh pihak berkuasa. Mazlan tidak berpuas hati dan menuduh Azlee yang menyebabkan dia jatuh. Ketika pertengkaran berlaku datang saiful memujuk yang dia telah memberi tempat baru untuk mereka berniaga bersama-sama.
Setem (2009)
Setem adalah sebuah filem keluaran Tayangan Unggul yang ditayangkan di 54 buah pawagam di Malaysia mulai 30 Julai 2009. Filemkomedi aksi arahan Kabir Bhatia ini dibintangi Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Que Haidar, Vanidah Ibrahim, Isma Yusoof, Bront Palarae,Chew Kin Wah, Sathiya dan Indi Nadarajah, dibantu oleh Datuk Aziz Sattar, Harun Salim Bachik, Diana Danielle, Adam Corrie, Richard Gardner serta penampilan istimewa Aziz M. Osman dan Jalaluddin Hassan.
Gila Gila Remaja (1985)
Seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga. Pada suatu hari, Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan "Gagak Hitam".
Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy telah cedera parah. Farouk dan konconnya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik Remy. Lantaran itu, Remy mengamuk dan pergi mencari mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam. Roy dan rakan-rakan pun membantu Remy dan pergaduhan antara dua pihak pun berlaku. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam.
Polis tiba di tempat pergaduhan dan telah berjaya menangkap Remy. Remy dimasukkan ke dalam pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir.
Azura (1984)
Filem dimulakan dengan babak cabaran perlumbaan haram motorsikal di antara dua kumpulan muda-mudi. Di dalam perlumbaan yang terganggu oleh serbuan polis itu Zack telah terbabas di pusingan terakhir lalu tercedera dan pengsan.
Zack dijumpai oleh sekumpulan pelajar sekolah yang sedang berjoging. Walaupun dinasihati rakan untuk menjauhi Zack, namun cik Azura tidak sampai hati lalu menolongnya.
Setelah sembuh, Zack pergi ke sekolah tempat Azura belajar secara selamba dan dengan membawa sejambak bunga sebagai tanda terima kasih. Zack juga sempat memberi nasihat yang membina untuk semua rakan sekelas cik Azura. Zack yang sudah jatuh hati kepada Azura, mula menunggu di luar perkarangan sekolah setiap hari untuk mencuri hati Azura namun tidak diendahkan Azura pada mulanya. Modal mengayat Azura adalah mengajak menonton wayang cerita perang..tetapi cerita perang tak nak ditonton sebab ia ganas. Zack sanggup berpisah dengan ayahnya selepas mengahwini Azura. Zack terpaksa belajar berdikari serta hidup susah. Zack sering jatuh sakit akibat kerja yang berat.
Zack dijumpai oleh sekumpulan pelajar sekolah yang sedang berjoging. Walaupun dinasihati rakan untuk menjauhi Zack, namun cik Azura tidak sampai hati lalu menolongnya.
Setelah sembuh, Zack pergi ke sekolah tempat Azura belajar secara selamba dan dengan membawa sejambak bunga sebagai tanda terima kasih. Zack juga sempat memberi nasihat yang membina untuk semua rakan sekelas cik Azura. Zack yang sudah jatuh hati kepada Azura, mula menunggu di luar perkarangan sekolah setiap hari untuk mencuri hati Azura namun tidak diendahkan Azura pada mulanya. Modal mengayat Azura adalah mengajak menonton wayang cerita perang..tetapi cerita perang tak nak ditonton sebab ia ganas. Zack sanggup berpisah dengan ayahnya selepas mengahwini Azura. Zack terpaksa belajar berdikari serta hidup susah. Zack sering jatuh sakit akibat kerja yang berat.
Jiwa Remaja (1975)
Jiwa Remaja merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1975. Filem Jiwa Remaja diterbitkan dalam bentuk filem warna. Filem Jiwa Remaja mula ditayangkan pada 1975 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Hail Amir, Uji Rashid, Dato' Yusof Haslamdan ramai lagi.
Gerak Khas The Movie 2 (2002)
Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza ditugaskan untuk menyiasat tentang satu sindiket penyeludapan dadah terbesar di Malaysiayang diketuai oleh seorang penjenayah yang bernama Raziman (Jalaluddin Hassan). Sindiket ini mempunyai berpuluh-puluh pengedar di seluruh negara dan dikaitkan dengan satu sindiket dadah antarabangsa.
Dalam masa yang sama TVKL iaitu sebuah stesen TV mencuba untuk membongkarkan aktiviti dadah di Kuala Lumpur. Unit Gerak Khas terpaksa mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan bagi menghapuskan sindiket ini. Disamping itu terdapat beberapa masalah yang melanda Unit Gera Khas sendiri.
Gerak Khas The Movie (2001)
Unit Gerak Khas ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuh (Castelo dan Rafayel). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram tersebut. Dalam pada itu Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Shafikah yang ditugaskan untuk membantu siasatan. Kemunculan Shafikah membuatkan Unit Gerak Khas semakin ceria. Keramahan Shafikah menyenangkan semua anggota Gerak Khas lebih-lebih lagi Inspektor Mazlan yang mula menaruh minat dan cuba mendekati Shafikah dengan lebih rapat.
Sementara itu seorang wartawan TV (Azura) yang membuat liputan berita-berita jenayah mengintip gerakan Castelo dan Rafayel. Ekoran dari tindakan Polis yang semakin hebat dan mengancam empayar perniagaan VCD haram dan pil ecstacy, dua kumpulan haram (Castelo dan Rafayel) yang selama ini bermusuhan telah bersatu. Mereka merancang untuk memerangi anggota Gerak Khas. Tindakan mereka dibantu oleh Suzana yang sebenarnya adalah 'mastermind' dalam kegiatan jenayah. Sementara itu konflik hubungan antara Aleeza dan Mazlan semakin tegang. Mereka sering berbalah. namun atas kesedaran dan komited dengan tanggungjawab yang dipikul, masing-masing melupakan soal peribadi dan meneruskan misi menghancurkan dua kumpulan penjenayah Castelo dan Rafayel.
KL Menjerit (2005)
Shahrol, anak muda berusia 28 tahun berasal dari kampung di Perlis. Seorang yang agresif dan suka bertindak mengikut perasaan remajanya. Shahrol bersekolah setakat tingkatan empat. Kemudian Shahrol berhijrah ke Kuala Lumpur mencuba nasib. Tanpa kelulusan tinggi, dia hanya dapat kerja sebagai pembantu di bengkel motor. Kerana kesabarannya dia berjaya menjadi mekanik.
Kehidupannya dilingkungi dunia permotoran. Selain itu, Shahrol juga mempunyai kekasih bernama Linda. Bagaimanapun, pertemuan Shahrol dengan Ayu dan Tun banyak merubah hidup dan sikapnya. Shahrol bertemu Ayu di satu perlumbaan motor haram. Ayu baru tiba di Kuala Lumpur dari kampung untuk mencari kekasihnya, Mustaffa. Tetapi dia terperangkap oleh pengurus perlumbaan dan dijadikan sebagai anugerah bagi pemenang perlumbaan.
Pada awalnya Shahrol hanya berniat menolong Ayu tetapi akhirnya dia jatuh cinta dengan gadis itu. Tun yang berusia awal 20-an pula merupakan rakan baik Shahrol. Tun anak tunggal kepada seorang tokoh politik. Tun remaja bijak dan selalu mendapat keputusan cemerlang pada setiap peperiksaan. Orang tuanya tidak mengetahui Tun menghidap sejenis penyakit yang lama dideritai. Hidup sepi tanpa kasih sayang ibu bapa juga menjadi racun dalam hidupnya. Untuk mengisi kekosongan hidupnya, Tun berkawan dengan Shahrol.
Subscribe to:
Posts (Atom)